Wednesday, December 15, 2010

SYAITAN MENGEJUTNYA UNTUK SOLAT

Satu hari,akibat keletihan yg amat sngat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun subuh walaupun waktu subuh hampir tiba..
Melihat keadaan itu,syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing&mengigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun.mujur waktu subuh baru saja masuk.dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan berupa seekor kucing itu..
"mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh?"padahal kau amat benci pada orang yg solat?"
"aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh,"jawab syaitan..
kehairanan,Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya,kenapa?"
syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yg takutkan Allah..
aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh,kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yg lebih banyak&lebih serius,"kata syaitan...tambah syaitan itu lagi,"kau akan bersedekah.kau akan membantu orang lain,kau akan mengajar lebih lama.kau akan membaca Al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit.dengan itu nanti,aku&kawan-kawanku akan bertambah susah.kerja kami akan bertambah banyak&sukar.jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya,&kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti."


~~~PENGAJARAN~~~
Begitulah kretif&inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia,dia bukan sahaja arif tentang amalan baik&jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal..

No comments:

Post a Comment