Wednesday, December 15, 2010

ORANG BAIK NAMPAK YANG BAIK-BAIK

SEORANG perantau memasuki sebuah desa.sebelum pergi jauh ke dalam desa itu,dia telah bertemu seorang tua.
"bagaimana perangai orang-orang kampung di sini pakcik?"tanyanya.
"Oh,kamu orang baru ya?sebelum pakcik jawab soalan kamu itu,pakcik ada pertanyaan,boleh pakcik tanya?"
perantau itu kehairanan.apa pula yg ada dalam fikiran orang tua itu.
"baiklah pakcik.apa soalannya?"
"bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?"
pemuda itu terdiam sejenak."orang kampung saya teruk-teruk pakcik,perangai mereka tak senonoh langsung.asyik bergduh,mengumpat sesama sendiri.saya harap orang kampung ini tidak macam itu."
"Sayang,harapan kamu tidak akan kesampaian.orang kampung ini macam itulah juga.kamu tersilap pilih nak.sepatutnya kamu tak datang ke kampung ini,"jawab pakcik tua itu.
"tak apalah kalau begitu pakcik.saya tumpang minum sajalah di warung sebelah ni.saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini."orang tua itu tersenyum&mengangguk-angguk.
selang kemudian,seorang perantau lain memasuki kampung itu&menemui pakcik yang sama.kebetulan soalannya sama juga dengan perantau pertama,maka ditanya juga pakcik itu soalan yang sama.
jawabnya:"orang kampung saya baik-baik.semuanya bertolong bantu,peramah&kasih sayang."
"kalau begitu mengapa kamu merantau keluar?"
"saya ingin mencari pengalaman.Err..err pakcik kembali kepada soalan saya tadi.bagaimana perangai orang kampung ini?"
"Oh, bagus.baik.orang kampung ini semuanya berkasih sayang dan tolong-menolong."
"syukur.kalau begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman di sini."
perbualan antara perantau kedua&pakcik itu didengari oleh perantau pertama yg sedang minum di warung berhampiran.dia hairan&sedikit berang,apakah pakcik itu mempermainkannya?"
"kenapa pakcik berbohong?dngan saya kata lain,dengan dia kata lain?"
"maaf nak,pakcik tak berbohong."
"habis kenapa jawapan pakcik berbeza?"
"pakcik jawab mengikut keadaan orang yang bertanya."
"maksud pakcik?"
"jika orang itu baik,dia akan nampak banyak kebaikan.sebaliknya,jika orang itu tidak baik,dia akan nampak banyak kejahatan&keburukan.kita melihat dengan mata hati kita.jika mata hati kita bersih,insyaAllah,kita akan dapat melihat banyak kebaikan."


``~~PENGAJARAN~`~~
Apa yg kita lihat bergantung kepada diri kita.sebab itu prasangka itu dilarang keras oleh agama.dalam pergaulan,kita mesti belajar meletakkan sangka baik&memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain.bagaimana kita akan mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yg kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?

No comments:

Post a Comment