Sunday, December 12, 2010

daku cintakan islam

Daru Tsauban berkata Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."Maka salah seorang sahabat bertanya,"Apakah kerana kami sedikit pada masa itu?"Nabi salallahu alaihi wasallam menjawab "Bahkan kamu banyak sekali tetapi kamu umpama buih dan Allah akan cabutkan rasa gerun terhadap kamu dari hari musuh-musuh kamu dan Allah akan campakkan dalam hati kamu penyakit wahn..Sahabat bertanya apakah penyakit wahan itu?Nabi menjawab cinta dunia dan takutkan mati..

Kita akan diratah oleh musuh..

Walhal kita mempunyai bilangan yang banyak..
Kerana kelemahan iman kita,dunia telah masuk dalam hati kita,maka kita telah ditimpa satu penyakit yakni penyakit wahn(cinta dunia takut mati.)

Saudaraku yang mulia.,
Ingin kutambahkan disini kata-kata ulama pada ijtimak Malaysia,
Kenapa hari ini orang amalkan agama tetapi masih gagal?

Dua sebab kata Maulana:
1-Kerana umat amal agama tapi tidak yakin pada agama

Kerana hari ini umat tidak yakin pada agama menyebabkabkan bantuan Allah tidak sampai.Kita tidak ada yakin bahawa agama yang menarik rahmat Allah.Tidak yakin bahawa agama yang menyelesaikan masalah.Tidak yakin bahawa agama yang dibawa oleh kekasihNya bagi kita kejayaan dunia dan akhirat.Padahal kita amal agama..

Cuba kita perhatikan manusia zaman sekarang?
Analisis yang daku buat dari segi pemandanganku yang buruk yang tidak ada langsung sangka baik pada apa yang aku lihat..

-Umat amalkan agama tapi masih buat maksiat (naudzubillah)
-Umat tak amalkan agama dan buat maksiat(naudzubillah)
-Umat amalkan agama dan buat usaha untuk tinggikan agama(ya Allah masukkan kami dalam golonganHari ini kita perlu yakin bahawa agamalah yang bawa kita kejayaan dunia dan akhirat ini)

Agama perlukan keyakinan.
Apa itu agama?
Cara kehidupan Nabi Muhammad salallahu a'laihi wasallam.
Apa kehendak Allah,itu lah yang Nabi beritahu,pesan,amal,dan tunjukkan pada kita bahawa apa yang dibuat oleh Nabi salallahu a'laihi wasallam ialah kehendak daripada Allah Yang Maha Agung.

Jadi bagaimana kita nak gunakan masa kita seperti yang ditunjukkan oleh Nabi..
Bagaimana kita nak gunakan mulut kita seperti cara Nabi..
Bagaimana nak gunakan diri kita seperti cara Nabi..

Pendek kata bagaimana seluruh diri,harta dan masa kita ini dapat digunakan untuk Allah seperti yang ditunjukkan oleh Nabi,mengikuti syariatnya....

Sebab itulah semua orang perlu usahakan atas yakin mereka..

Kita mesti yakin bahawa agama yang akan bagi kita kejayaan dunia dan akhirat..
Selain daripada agama takkan bawa apa-apa kejayaan dari segi dunia dan akhirat..
Agama yang macammana?
Agama yang telah ditunjukkan dengan jelas dan terang oleh Nabi salallahu a'laihi wasallam.

Yang kedua maulana beritahu ialah setakat mana yang dia amal,itulah agama.

Agama bukan lah satu atau dua amal tetapi keseluruhan amal itulah agama...!!

"Aku dah solat,tak payahlah nak solat kat masjid.Janji solat"
"Aku dah orang Islam cukuplah.Buat apa nak usaha atas yakin lagi?"
"Kau jangan nak sibuk-sibuk la pasal aku.Aku sembahyang jugak.Kubur masing-masing"
"Kau jangan nak dakwah-dakwah aku.Aku pergi masjid.Kau ingat aku bodoh sangat ke nak datang rumah aku cakap benda yang sama"

Pada hari ini kita dah rasa kita buat beberapa amal kita dah amalkan agama.

Kata Imam Ghazali ada 10 ini ialah ibadat:
Tilawat Quran,solat,puasa,zikir,menyeru kepada makruf,mencegah mungkar,tijarah
ihtimam(ambil berat) sunnah,menunaikan hak-hak jiran..

(Mungkin ada kekurangan.Aku minta maaf pada Allah kerana kelemahan daku untuk mengingatnya)

Macammana nak dapatkan kejayaan??
Yakin dengan agama daat kejayaan dan amalkan agama dengan sempurna.

Dan agama bukan cakap sahaja.Agama mesti ditunjukkan.Ditunjukkan dengan amalan agama.

Hari ni ramai orang pandai cakap tapi tak pandai amal..

Bak kata orang muda "poyo-poyo je"

Ingat senang ke nak amal agama?
kalau iman lemah nak buka Quran pun malas..

Aku menyoal diriku sendiri,
"Adakah aku istiqamah dalam pembacaan Quran?"
"Adakah aku istiqamah dalam mengamalkan zikir?"
"Adakah aku istiqamah dalam mengamalkan agama?"

Semalam daku mendengar ceramah mengenai seorang sahabat yang diceritakan oleh ustazku Ahmad Asri Lubis..
Aku tidak mengingat nama sahabat itu..
Dan hadisnya lebih kurang begini:
Nabi memberi pilihan kepada sahabat untuk mengkhatamkan Quran sebanya 40 hari,30 hari,20 hari,15 hari,10 hari,5 hari..

Sahabat rasa tempoh 40 hari lama sangat..
Minta kurang dan sampailah 5 hari..
Punya terlalu asyik mereka pada Quran..

Kisah Ikrimah bin Abu Jahal,
Selepas dia memasuk Islam,dia asyik membaca Quran dan selalu berkata haza kalamu rabbi..

Kisah masyhur Uthman bin Affan,
dalam witir satu rakaat boleh habiskan 30 juzuk Quran..

Tapi hari ini kita tepuk tanya dada iman kita..
Berapa banyak kita luangkan masa untuk agama?
Jumpa orang untuk buat dakwah?
Berapa banyak kita luangkan masa dengan Quran kita?
Berapa banyak kita luangkan masa untuk zikir ingat Allah?
Berapa jam kita spend masa duduk depan tv:
menyibukkan diri dengan dunia kita?
berapa banyak masa kita habis dirumah Allah berbanding kita habiskan masa dengan kawan-kawan?

Adakah kita fikir diri kita ni layak untuk Allah jadikan asbab hidayat sebarkan agama seluruh alam??

Tutup dengan tasbih kifarah

No comments:

Post a Comment