Saturday, November 20, 2010

SIFAT CALoN SUAMI YANG BAIK...


Jika anda seorang wanita,carilah lelaki yang memepunyai sifat -sifat ini.Jika anda seorang lelaki,jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


Sifat Calon Suami Yang BAIK........

  • Kuat amalan agamanya.Menjaga solat fardhu,kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.Auratnya dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.Sifat ini boleh dilihat sewaktu bersukan

  • Akhlaknya baik,iaitu seorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.Pertuturannya juga mesti sopan melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia

  • Tegas mempertahankan maruahnya.Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kreabilitinya

  • Amanah,tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

  • Tidak boros,tetapi tidak kedekut.Tahu membelanjakn wang dengan bijaksana

  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap

  • Pergaulan yang terbatas,tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian

  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik.Rakan mencerminkan kelakuan seseorang

  • Bertanggungjawab.Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya

  • Wajah yang tenang,tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

No comments:

Post a Comment