Sunday, March 20, 2011

MENCARI KAWAN SEJATI DI DALAM LAUTAN RAKAN

Tanya saja kepada anak remaja hari ini, "adakah anda memiliki seorang kawan? " Tentunya ramai yang menjawab: "Ya... saya punya banyak kawan."Pada hakikatnya, hampir semua manusia memiliki kawan, bahkan seorang pengganas yang kejam pun memiliki ribuan kawan yang membantunya menjalankan misi kejinya.

Akan tetapi apakah kawan anda yang selalu mengekori anda kemana jua anda pergi merupakan kawan sejati anda? apakah mereka yang selalu menemani anda menonton filem, jenis yang suka dikala suka dan duka dikala duka? Atau rata-rata hanya mahu suka-suka saja?Kawan sejati merupakan seseorang yang memahami perasaan kawannya terutama apabila dilanda rasa duka.

Saya yakin diantara ribuan kawan yang anda miliki didalam lautan persahabatan, hanya sedikit saja diantara mereka yang memahami perasaan gunda anda. Apa lagi yang masih duduk disamping anda, menemani anda, ketika airmata anda menitis. Sesungguhnya, sukar bagi manusia untuk memahami perasaan orang lain, kecuali dia mengenali diri.

Kawan sejati juga merupakan seseorang yang masih ada apabila semua kawan anda tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata. Memang sukar mencari kawan sejati diantara ramai yang selalu menemani anda bermain-main kejar2an dipadang dan sebagainya.

Namun ketika bola yang anda campakkan meluru memecahkan jendela kaca rumah tetangga , kiralah berapa banyakkah anak-anak yang turut menemani anda ketika anda dimarahi dan ikut menyokong (mendokong) anda menggantikan jendela kaca yang telah pecah itu?

Sesungguhnya mereka yang tersisihlah yang merupakan kawan anda yang sejati. Adakah mereka yang selalu akur dengan anda dan selalu sejalan dengan pandangan anda ialah kawan sejati anda?

Seorang penulis, dalam bukunya pernah berkata: "Saya tidak perlu seorang kawan yang berubah ketika saya berubah dan mengangguk ketika saya mengganguk, karna sesungguhnya bayangan saya lebih mahir melakukannya."

Seorang kawan yang sejati bukanlah seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu memberi nasihat dan kritikan kepada anda apabila diperlukan.

Namun demikian, janganlah dia terus menekan anda dan membuat anda jadi binggung....Apabila anda memiliki seorang kawan sejati, berusaha untuk menjadi kawan sejatinya jua. Perlakukan dia dengan baik, sebagaimana dia memperlakukan anda dengan sebaik-baiknya.

Mencari kawan sejati sukar daripada mencari setitis air dipadang pasir.maka, penting bagi kita untuk mengeratkan tali persahabatan kita dengannya demi mewujudkan persahabatan yang abadi .

Jangan memperbesarkan perkara yang kecil. Lupakan sahaja bak angin lalu. Ingat selalu kebaikkan-kebaikkan yang telah dia berikan, seperti mengingat dimana anda menyimpan wang. Namun lupakan kebaikkan-kebaikkan yang pernah anda berikan kepadanya.

Oleh itu cari kawan sejati kerana kawan sejati melahirkan persahabatan yang abadi.

Dan persahabatan abadi sesungguhnya merupakan erti persahabatan yang sebenar...

No comments:

Post a Comment